Ex-SMTTARP Online
 
Portal Home Forum Profile FAQ Search Memberlist Log in to check your private messages Log in Register
Portal Home Forum Profile FAQ Search Memberlist Private Messages Log in  Register
The time now is Sun Jul 06, 2008 6:46 am
View unanswered posts
 Navigation Menu 
  Main Menu
Portal Home Home
 TIGOLD OFFICIAL WEBSITE
phpBB Forum Forum
Statistics Module Statistics
 Memory Gallery
xtipenang.org Email Login. Webmail
 Database

 Log in 
Username:

Password:

 Log me on automatically each visit

 Last Message Post 
No new posts MARVELOUS CHAR KOEY TEOW -...
Batch 87/88
Sat Jul 05, 2008 3:23 pm View latest post
No new posts Ramai ker gi reunion lepas ?
Batch 95/96
Sat Jul 05, 2008 1:01 am View latest post
No new posts Mane kengkawan.. senyap jer??
Batch 89/90
Fri Jul 04, 2008 5:24 pm View latest post
No new posts Aspuri batch 94/95
Batch 94/95
Fri Jul 04, 2008 3:06 pm View latest post
No new posts Sila Pilih Tarikh untuk 90/91...
Batch 90/91
Fri Jul 04, 2008 2:59 pm View latest post
Previous Next

 Surveys/Polls 

Apa pendapat anda tetang portal baru ini.
Bagus
83%
 83% [31]
Kurang Bagus
16%
 16% [6]
Total Votes : 37


 Recent Public Pics
Makan-makan kat rumah Arbina & Rozi
Pic Title: makan jangan tak makan
Poster: Abdul Kadir Mahamood, View: 10
Posted: Tue Jun 10, 2008 9:44 pm
Rating: Not RatedComments: 0
Makan-makan kat rumah Arbina & Rozi
Pic Title: makan jangan tak makan
Poster: Abdul Kadir Mahamood, View: 5
Posted: Tue Jun 10, 2008 9:43 pm
Rating: Not RatedComments: 0

 Dari Presiden XTIPA 
Dari Presiden XTIPA Dari Presiden XTIPA
Alhamdulillah, acara-acara sambutan ulangtahun ke-50 TI Penang telah selamat dilaksanakan. Acara Golf, Bowling, Sukaneka, AGM serta Jamuan makan Malam juga dijayakan dengan penyertaan XTI yang pulang dari seluruh pelusuk dunia.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini ... tak payah sebut nama lah .. Tuhan tahu dan Dia jugalah yang akan membalas jasa anda sekelian.... AJK ni kalau nak tahu memang bertungkus lumus, mesyuarat di Subaidah (Seberang Jaya) beberapa kali, Ipoh, KL. Kehulu kehilir naik kete sendiri, minyak kete sendiri, tepon pun sendiri, makan minum pun sendiri .. satu sen duit XTIPA pun tak makan ...

Kepada semua yang hadir, saya sanjung pengorbanan anda untuk bersama-sama XTI dari pelbagai Batch di Dewan Mutiara bagi menyambut ulangtahun ke-50 SMTTARP, sekolah, para guru senior, junior dan rakan-rakan yang kita sayangi.

Kita akan terus berusaha (walaupun tak senang, cuma orang yang sedang buat sahaja yang tahu) untuk menyuntik unsur-unsur yang dapat membangkit mertabat TI Penang supaya dua tahun dari sekarang, kita dapat mempamerkan hasil nya di Jamuan 2010, insyaallah. Ini memerlukan kerjasama daripada KESEMUA XTI, kerana ini hasil kerja kita bersama, bukan Exco atau individu. Saya memohon kerjasama daripada setiap Batch untuk memperkukuhkan Batch masing-masing supaya maklumat atau usaha kita diketahui semua orang .. carilah yang hilang .. sambungkan yang terputus .. eratkan yang ada.

Namun, saya tidak dapat akhiri tanpa memberi sedikit maklumbalas kepada suatu perkara yang menjadi sungutan dikalangan yang hadir ... sungutan bahawa Jamuan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Mungkin benar dakwaan bahawa layanan yang lebih istimewa boleh didapati di Hotel jika dibayar sebanyak itu.

Sebenarnya bayaran yang dikenakan itu menampong pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan, tempahan makanan, kerusi-meja, tudung meja, banner, door-gift dan pelbagai upah, sebelum, semasa dan selepas aktiviti berlangsung. Kita juga membiayai jamuan makan untuk para jemputan PIBG, bekas guru-besar dan para guru.

Secara koleksi KITA telah bersedekah memberi makan-minum kepada guru-guru kita dan juga jemputan lain. Memang ada untung sedikit dan ini akan diberi kepada pihak sekolah sebagai sumbangan XTI dan sebahagian lagi untuk Tabung XTIPA. Sekali lagi secara tidak langsung kita telah menghulurkan sedekah kepada pihak sekolah, dan kalau seketol batu dibeli dengan wang kita itu menjadi sebahagian sekolah yang mendidik para pelajar sampai kiamat, sehingga itulah kita mendapat ganjarannya, walaupun kita dah mati dahulu. Dengan kehadiran kita di Dewan Mutiara telah mengeratkan silaturrahaim antara kita .. suatu pahala besar disisi Allah apabila kita menegakkan ikatan itu... tapi jika difikirkan lebih berbaloi makan di Hotel, apa boleh buat ..

Bagi pihak AJK XTIPA 2008/2010, kami akan pegang kepercayaan yang telah diberikan kepada kami dan akan berusaha sedaya mampu untuk memperkasakan TI Penang .. dan memohon kerjasama padu dari seluruh warga XTI, baik yang tua mahu pun yang baru keluak .. semuanya tetap XTI.

Prof Rozhan Idrus
- Presiden XTIPA -
Author Lyas Posted
Thu May 08, 2008 1:40 am
Replies
0
Views
247
Last Post
Thu May 08, 2008 1:40 am View latest post

 TI GOLD 2008 .. selesai lah sudah 
TI GOLD 2008 .. selesai lah sudah TI GOLD 2008 .. selesai lah sudah


JUTAAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN SEMUA YANG HADIR UNTUK MENJAYAKAN TI GOLD 2008... SEMOGA HUBUNGAN DIKALANGAN XTI PENANG LEBIH ERAT DI MASA HADAPAN ...
JAWATANKUASA PROGRAM MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN ANDAI TERDAPAT KEKURANGAN DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM INI.. TEGURAN MEMBINA KAMI ALU2KAN ....
KAMI MENGHARAPKAN AGAR KITA SEMUA TERUS BERSAMA UNTUK MEMARTABATKAN XTIPA SETANDING DENGAN ALUMNI LAIN ...
HIDUP T.I. .......


BERIKUT ADALAH ORGANISASI BARU XTIPA BAGI SESI 08/09...

YANG DIPERTUA Arrow PROF ROZHAN 76
TIMB. YG DPERTUA Arrow HAJI MUD 68

SETIAUSAHA Arrow SDR RAHIMIE 92
TIMB. SETIAUSAHA Arrow SDR RASMAN 92

BENDAHARI Arrow DATO' AMRAN 79
TIMB. BENDAHARI Arrow SDR ILIAS 97

AJK
Arrow HAJI MAT NOH 68
Arrow SDR AZHAR 79
Arrow SDR ROZELAN 92

AUDITOR
Arrow SDR RAHIM RAHMAN 90
Arrow PUAN NORASHIDAH 97
Author Lyas Posted
Wed May 07, 2008 12:57 am
Replies
1
Views
332
Last Post
Wed May 07, 2008 12:57 am View latest post

 PENDAFTARAN BARU USER 
PENDAFTARAN BARU USER PENDAFTARAN BARU USER
SALAM SEJAHTERA

Kepada semua XTI yg baru ingin mendaftarkan diri, terutama bil TIGOLD kita ini semakin hampir, sila email kepada Admin agar akaun anda dapat diaktifkan.

Automatic Registration Forum ini tidak diactifkan untuk tujuan keselamatan & agar orang2 yang tidak sepatutnya berada di dalam forum ini membuat posting yang merepek merepek.

Kita hanya perlukan user yang benar2 XTI berada di forum ini. Segala kesulitan amat di kesali tapi untuk kebaikan bersama.

Terima Kasih
Author Rahim Rahman Posted
Fri Feb 22, 2008 6:24 pm
Replies
0
Views
506
Last Post
Fri Feb 22, 2008 6:24 pm View latest post

 TI GOLD OFFICIAL WEBSITE 
TI GOLD OFFICIAL WEBSITE TI GOLD OFFICIAL WEBSITE
Salam Sejahtera semua.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa bersempena sambutan TIGOLD 2008 ini, pihak OC telah membina satu laman web untuk segala maklumat di salurkan kepada para XTI. Setiap maklumat terkini mengenai TIGOLD 2008 akan disalurkan melalui laman web ini.

Sila lawati http://www.freewebs.com/tigold2008

Satu permanent link ke laman web ini juga telah disediakan di bahagian Navigation Menu di sebelah kiri portal ini.

Sebarang pertanyaan mengenai TIGOLD 2008 boleh dikemukakan ke email rasmi tigold.2008@gmail.com

Sekian. Harap Maklum
Author Rahim Rahman Posted
Sun Feb 17, 2008 8:41 am
Replies
0
Views
426
Last Post
Sun Feb 17, 2008 8:41 am View latest post

 CAR STICKER - TI PENANG 50 Years Celebration 
CAR STICKER - TI PENANG 50 Years Celebration CAR STICKER - TI PENANG 50 Years Celebration
Kepada Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sticker kereta sempena Sambutan Sekolah yang ke 50, Sila berikan nama & alamat kepada:

1) Ilyas - 013-4693349 ( Ilias_Saad@jabil.com )


Setiap Sticker dijual pada harga RM5. (Tidak termasuk kos penghantaran)


Will avialable during TI GOLD 2008
Contoh Sticker:

Author Rahim Rahman Posted
Sat Jun 30, 2007 9:55 pm
Replies
20
Views
1403
Last Post
Sat Jun 30, 2007 9:55 pm View latest post

 Who is Online 
Who is Online Our users have posted a total of 144256 articles
We have 15114 registered users
The newest registered user is LiamsGiBsuifs
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests   [ Administrator ]   [ Moderator ]
Most users ever online was 58 on Wed Jun 07, 2006 1:56 pm
Users browsing this forum: None



Powered by mxBB-Portal © 2001, 2005 & phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Page generated 48 queries - Generation time: 1.3615 seconds